Polis bawa keluar dua kotak besar selepas periksa rumah ke rumah, dipercayai bahan bukti kes bun0h Zayn Rayyan

DUA kotak besar yang dibawa keluar pasukan F0rensik PoIis Diraja Malaysia (PDRM) selepas kira-kira dua jam membuat pemeriksaan rumah ke rumah di Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada Selasa malam mengundang tanda tanya

Difahamkan ia berisi bahan bukti bagi membantu sias4tan kes pembun0han kanak-kanak aut1sme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang may4tnya ditemui di saliran air dekat kawasan apartment itu pada 6 Disember lalu

Dalam operasi berkenaan, lebih 25 anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan pemeriksaan itu bermula sekitar pukuI 8.40 malam dan berakhir kira-kira pukuI 10.30 malam.

Pemeriksaan didapati tertumpu di tingkat dua dan tiga blok berkenaan yang berketinggian empat tingkat.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pemeriksaan rumah ke rumah yang dibuat pada Selasa bertujuan untuk mengumpul bahan bukti yang boleh membantu siasatan kes.

Untuk rekod, kem4tian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bun0h selepas bed5h sias4t menemukan keced3raan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

May4t Zayn Rayyan ditemui di saliran berdekatan takungan air, 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, kira-kira pukuI 10 malam 6 Disember lalu.

Sumber Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*